Sunday 24 November 2013

MALAYSIAN MOTIVATOR COMPETITION INTERVARSITY 1MALAYSIA




debaran kian terasa. lebih kurang lima hari sahaja lagi.. semoga semuanya berjalan dengan lancar. walaupun masih terdapat masalah di pihak saya sendiri sebagai AJK Jemputan, namun saya mohon Allah permudahkan urusan kami semua. terlalu besar harapan dan tanggungjawab yang harus dipikul ini.
semoga kami semua terus diberi kekuatan. aminn

love KASIH

Monday 4 November 2013

Jadi diri sendiri



penah tak kamu semua rasa berada dalam situasi di mana kamu takut nak buat sesuatu yang kamu nak sangat buat. sebab apa takut? sebab kamu takut ditolak, tak diterima, ditertawakan. pernah tak? sebab saya pun pernah alami situasi yang sama. saya rasa tak terdaya nak buat apa yang saya suka disebabkan saya terlalu memikirkan tentang apa orang lain akan cakap pasal saya.

tapi bila kita muhasabah semula diri kita, sampai bila kita nak kedepan, nak berjaya jika kita takut untuk buat apa yang kita nak. bukan orang lain yang tentukan hidup kita, bukan orang lain yang akan bersama kita bila kita tua nanti. sebenarnya semua itu terletak pada diri kita sendiri. kita tak perlu berpura-pura untuk disukai. biarlah orang sukakan kita akan diri kita sebenar. buat lah sesuatu yang baru, jangan fikirkan apa orang akan cakap. jika ianya sesuatu yang bermanfaat, orang akan nampak usaha kita itu suatu hari nanti. yang paling penting jangan lah kita takut, malu untuk melakukan sesuatu.


dalam subjek kosultasi sekolah, ada satu tugasan yang mana kami dikehendaki buat satu muzik video. jadi lagu yang saya pilih Read All About It. lagu ni lebih kurang membawa maksud seorang sahabat memberi semangat kepada sahabatnya yang lain supaya teruskan berusaha buat apa yang kamu mahukan dan jangan takut pada pandangan orang lain. jom dengar kan :)




Friday 1 November 2013

Taare Zameen Par


sapa yang pernah tengok filem ni? sebenarnya saya penah tengok filem ni tapi dah ditengah2 jalan cerita, lpas tu memang xsempat la tengok sampai habes, nak dijadikan cerita, salah satu tugasan subjek kaunseling budaya, kami dikehendaki buat refleksi berdasarkan filem ni. bagi sesiapa yang belum tengok filem ni, segera lah berbuat demikian..kenapa? sebab filem ni sarat dengan pengajaran, nilai-nilai murni yang boleh dicontohi terutamanya ibu bapa dan guru serta bakal guru lah.. hehe.. 

okey lah, filem ni berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Ishaan, yang mengalami masalah dislexia. tapi malangnya ibu bapa Ishaan tak sedar pun yang Ishaan ni sebenarnya istimewa dan perlukan perhatian yang lebih.. :(


jadi nak dipendekkan cerita, bila Ishaan dihantar ke sekolah berasrama oleh kedua ibu bapanya, Ishaan bertemu dengan guru seni baru di sekolah itu iaitu Ram Shankar Nikumbh. guru inilah yang menyedari masalah sebenar Ishaan dan banyak membantu Ishaan. termasuk lah memberitahu kedua ibu bapa Ishaan akan situasi Ishaan sebenar. malangnya mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka menghidap dislexia. tapi itu semua tak patahkan semangat guru Ram yang terus berusaha membantu Ishaan.


selain dari nilai murni yang ditunjukkan oleh Ram yang berusaha membantu Ishaan melihat potensi dirinya sendiri, apa yang menarik ialah kreativiti dalam proses pembelajaran yang ditunjukkan oleh Ram dalam filem ini. sebagai seorang guru kreativiti sangat penting untuk menarik minat para pelajar. disebabkan itu, guru Ram sangat disenangi oleh pelajarnya. inilah sikap yang harus ada pada setiap guru kan :)


dalam filem ini jugak dalam kita tengok banyak budaya hidup masyarakat India yang kita tak tahu, dan sesetengahnya jugak hampir sama dengan budaya yang diamalkn dalam masyarakat kita. sebuah filem yang saya kira sangat bernilai, dan digarap dengan baik. sebab susah dah sekarang ni kita nak tengok filem-filem seperti ini dihasilkan. yang ada pun filem cinta, hantu yang jalan cerita lebih kurang sama jugak -_-. lagi sedih bila tak ada nilai-nilai yang boleh diambil. 


salah satu adegan yang terakhir dalam filem ini, bila guru Ram melukis wajah Ishaan, sungguh masa ni saya menitiskan air mata.. sangat-sangat tersentuh. betul lah orang cakap melalui lukisan, kita boleh sampaikan emosi kita :'(
jadi pada siapa yang belum tengok lagi filem ni , mohon tengok eh. banyak manfaat nya dan dijamin tidak menyesal :) jumpa lagi. salam