Friday 1 November 2013

Taare Zameen Par


sapa yang pernah tengok filem ni? sebenarnya saya penah tengok filem ni tapi dah ditengah2 jalan cerita, lpas tu memang xsempat la tengok sampai habes, nak dijadikan cerita, salah satu tugasan subjek kaunseling budaya, kami dikehendaki buat refleksi berdasarkan filem ni. bagi sesiapa yang belum tengok filem ni, segera lah berbuat demikian..kenapa? sebab filem ni sarat dengan pengajaran, nilai-nilai murni yang boleh dicontohi terutamanya ibu bapa dan guru serta bakal guru lah.. hehe.. 

okey lah, filem ni berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Ishaan, yang mengalami masalah dislexia. tapi malangnya ibu bapa Ishaan tak sedar pun yang Ishaan ni sebenarnya istimewa dan perlukan perhatian yang lebih.. :(


jadi nak dipendekkan cerita, bila Ishaan dihantar ke sekolah berasrama oleh kedua ibu bapanya, Ishaan bertemu dengan guru seni baru di sekolah itu iaitu Ram Shankar Nikumbh. guru inilah yang menyedari masalah sebenar Ishaan dan banyak membantu Ishaan. termasuk lah memberitahu kedua ibu bapa Ishaan akan situasi Ishaan sebenar. malangnya mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka menghidap dislexia. tapi itu semua tak patahkan semangat guru Ram yang terus berusaha membantu Ishaan.


selain dari nilai murni yang ditunjukkan oleh Ram yang berusaha membantu Ishaan melihat potensi dirinya sendiri, apa yang menarik ialah kreativiti dalam proses pembelajaran yang ditunjukkan oleh Ram dalam filem ini. sebagai seorang guru kreativiti sangat penting untuk menarik minat para pelajar. disebabkan itu, guru Ram sangat disenangi oleh pelajarnya. inilah sikap yang harus ada pada setiap guru kan :)


dalam filem ini jugak dalam kita tengok banyak budaya hidup masyarakat India yang kita tak tahu, dan sesetengahnya jugak hampir sama dengan budaya yang diamalkn dalam masyarakat kita. sebuah filem yang saya kira sangat bernilai, dan digarap dengan baik. sebab susah dah sekarang ni kita nak tengok filem-filem seperti ini dihasilkan. yang ada pun filem cinta, hantu yang jalan cerita lebih kurang sama jugak -_-. lagi sedih bila tak ada nilai-nilai yang boleh diambil. 


salah satu adegan yang terakhir dalam filem ini, bila guru Ram melukis wajah Ishaan, sungguh masa ni saya menitiskan air mata.. sangat-sangat tersentuh. betul lah orang cakap melalui lukisan, kita boleh sampaikan emosi kita :'(
jadi pada siapa yang belum tengok lagi filem ni , mohon tengok eh. banyak manfaat nya dan dijamin tidak menyesal :) jumpa lagi. salam




No comments:

Post a Comment