Datang lambat ke sekolah?
tengok tajuk entry kali ni mesti semua orang terbayang benda ni la yang duk buat selalu kan? tak kira pelajar sekolah atau universiti, isu datang lambat ke sekolah ni mesti kita akan dengar kan. memang lah orang akan cakap, alah isu ni kecik je. tapi kalau difikirkan semula, isu-isu kecik macam ni kalau kita tak bendung, ianya akan jadi satu wabak yang datangkan kesan negatif kepada kita. sebagai contoh lah kan, seorang pelajar dia mulakan dengan datang lambat ke sekolah, kemudian tak ada tindakan yang diambil oleh guru maka dia akan berani pula masuk lambat ke kelas.. seterusnya tak masuk kelas, lagi teruk lansung tak datang ke sekolah.
jom kita tengok sikit antara alasan-alasan pelajar bila datang lambat ke sekolah..semua penah buat mcm ni kan kan? :)
jadi sebagai seorang guru, isu datang lambat ke sekolah ni perlu kita pandang serius. sangat serius. bercakap tentang ni, pada jumaat lepas saya dah berjaya buat salah satu tugasan bagi subjek konsultasi sekolah iaitu ceramah dalam masa lebih kurang 15 minit. alhamdulillah, nervous tu ada tapi semuanya berjalan lancar lah. ini juga merupakan latihan untuk diri saya sendiri bagaimana nak bercakap di hadapan. tajuk ceramah saya mestilah datang lambat ke sekolah, sebab tu nak post entry pasal isu tu hari ni.. heheh..
so jom tengok sikit video semasa saya bagi ceramah :)
No comments:
Post a Comment