Wednesday 23 October 2013

Bengkel Pengurusan Stress


alhamdulillah, pada selasa yang lepas, saya dan rakan kumpulan dan selesaikan satu tugasan konsultasi di sekolah. banyak dugaan dan cabaran sepanjang pelaksanaan program ni, tapi alhamdulillah berkat kesabaran kami bertiga semuanya berjalan dengan lancar. jadi untuk tugasan kali ini, kami memilih salah sebuah sekolah di rawang, iaitu SMK Bandar Sungai Buaya. pertemuan demi pertemuan diaturkan bersama kaunselor sekolah akhirnya beberapa persetujuan dicapai antaranya ialah tarikh program ditetapkan pada 22 November 2013, manakal konsepnya pula ialah bertemakan pengurusan stress. kaunselor sekolah meminta kami mengadakan aktiviti di luar dewan sekolah untuk memberi peluang kepada pelajar bergerak.




kumpulan sasaran kami bagi program ini adalah para pelajar lepasan PMR yang baru selesai menduduki peperiksaan. pada awalnya kanselor sekolah menganggarkan jumlah kehadiran pelajar sekitar 80 orang, tetapi pada hari kejadian jumlah pelajar mencecah 100 orang. dapat dilihat para pelajar memberi kerjasama yang baik terhadap program ini, walaupun agak sukar bagi kami bertiga untuk mengawal 100 orang pelajar. jadi program dimulakan dengan senam pagi yang dikendalikan oleh saya sendiri.


aktiviti untuk kali ni kami buat dalam bentuk explorace, yang mana setiap checkpoint pelajar akan mempelajari teknik-teknik bagaimana menguruskan tekanan. teknik yang kami berikan adalah teknik-teknik yang mudah untuk para pelajar mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka seperi teknik urutan, ketukan regangan dan banyak lagi. selain itu terdapat jugak game dan energizer yang kami selitkan sepanjang program.


gambar2 sekitar explorace akan saya uploudkan selepas ini ya sebab masih belum dapat dari rakan saya. jadi selepas aktiviti tamat, kami menyambung semula program di dalam dewan sementara menunggu majlis penutup dengan melakukan aktiviti serta meminta para peserta membuat refleksi apa yang mereka perolehi dari aktiviti ini. alhamdulillah respon yang sangat baik dari pserta dan mereka memberikan kerjasama yang sangat baik






bersama ketiga-tiga kaunselor sekolah yang memudahkan urusan kami. terima kasih banyak-banyak cikgu sekalian :)





bila dh selesai, dapat pulak cenderamata dari pihak sekolah. terima kasih SMK Bandar Sungai Buaya atas kerjasama yang baik ini. harap lain kali mendapat peluang untuk bekerjasam lagi :)

No comments:

Post a Comment