Monday 28 October 2013

Masam manis masin

Dah lima semester dekat upsi ni, terasa masa sangat pantas berlalu. Hari ni bukan nak cakap pasal masak memasak sbb tajuk entry tu manis,masam masin dh macam entry masak memasak yer dak. Sebenarnya saya nak berkongsi satu pengalaman dengan semua..iaitu pengalaman saya bersama rakan sekelas sepanjang hampir dua tahun lebih kami bersama. Sudah semester 5, baru kami berpeluang untuk beriadah bersama. Terasa kasih sayang tu makin kuat J


semester 1 :)

alhamdulillah, betul lah orang cakap kan, aktiviti beriadah ni sebenarnya boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita, bertambah kasih sayang dan makin kenal antara satu sama lain. boleh bergelak ketawa, tolong menolong..semangat macam ni lah yang kita mahukan apabila kita berada dalam sesuatu organisasi. tambahan pulak, masing-masing bakal kaunselor kan :)






banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita, tak semestinya berkelah macam ni kan. cukup sekadar petang-petang keluar berjongging bersama-sama, makan malam bersama sekali sekala, itu pun dah kira ok. kalau ada duit kelas banyak, boleh lah jalan-jalan jauh sikit macam ni :) :)






kebetulan masa ni besday sarah, so kami buat suprise lah untuk dia..terharu beliau :)




inshaAllah, lepas ni kalau ada kesempatan lagi, nak buat lagi aktiviti mcam ni :)

Saturday 26 October 2013

Datang lambat ke sekolah?



tengok tajuk entry kali ni mesti semua orang terbayang benda ni la yang duk buat selalu kan? tak kira pelajar sekolah atau universiti, isu datang lambat ke sekolah ni mesti kita akan dengar kan. memang lah orang akan cakap, alah isu ni kecik je. tapi kalau difikirkan semula, isu-isu kecik macam ni kalau kita tak bendung, ianya akan jadi satu wabak yang datangkan kesan negatif kepada kita. sebagai contoh lah kan, seorang pelajar dia mulakan dengan datang lambat ke sekolah, kemudian tak ada tindakan yang diambil oleh guru maka dia akan berani pula masuk lambat ke kelas.. seterusnya tak masuk kelas, lagi teruk lansung tak datang ke sekolah.


jom kita tengok sikit antara alasan-alasan pelajar bila datang lambat ke sekolah..semua penah buat mcm ni kan kan? :)

jadi sebagai seorang guru, isu datang lambat ke sekolah ni perlu kita pandang serius. sangat serius. bercakap tentang ni, pada jumaat lepas saya dah berjaya buat salah satu tugasan bagi subjek konsultasi sekolah iaitu ceramah dalam masa lebih kurang 15 minit. alhamdulillah, nervous tu ada tapi semuanya berjalan lancar lah. ini juga merupakan latihan untuk diri saya sendiri bagaimana nak bercakap di hadapan. tajuk ceramah saya mestilah datang lambat ke sekolah, sebab tu nak post entry pasal isu tu hari ni.. heheh..
so jom tengok sikit video semasa saya bagi ceramah :)




Wednesday 23 October 2013

Bengkel Pengurusan Stress


alhamdulillah, pada selasa yang lepas, saya dan rakan kumpulan dan selesaikan satu tugasan konsultasi di sekolah. banyak dugaan dan cabaran sepanjang pelaksanaan program ni, tapi alhamdulillah berkat kesabaran kami bertiga semuanya berjalan dengan lancar. jadi untuk tugasan kali ini, kami memilih salah sebuah sekolah di rawang, iaitu SMK Bandar Sungai Buaya. pertemuan demi pertemuan diaturkan bersama kaunselor sekolah akhirnya beberapa persetujuan dicapai antaranya ialah tarikh program ditetapkan pada 22 November 2013, manakal konsepnya pula ialah bertemakan pengurusan stress. kaunselor sekolah meminta kami mengadakan aktiviti di luar dewan sekolah untuk memberi peluang kepada pelajar bergerak.




kumpulan sasaran kami bagi program ini adalah para pelajar lepasan PMR yang baru selesai menduduki peperiksaan. pada awalnya kanselor sekolah menganggarkan jumlah kehadiran pelajar sekitar 80 orang, tetapi pada hari kejadian jumlah pelajar mencecah 100 orang. dapat dilihat para pelajar memberi kerjasama yang baik terhadap program ini, walaupun agak sukar bagi kami bertiga untuk mengawal 100 orang pelajar. jadi program dimulakan dengan senam pagi yang dikendalikan oleh saya sendiri.


aktiviti untuk kali ni kami buat dalam bentuk explorace, yang mana setiap checkpoint pelajar akan mempelajari teknik-teknik bagaimana menguruskan tekanan. teknik yang kami berikan adalah teknik-teknik yang mudah untuk para pelajar mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka seperi teknik urutan, ketukan regangan dan banyak lagi. selain itu terdapat jugak game dan energizer yang kami selitkan sepanjang program.


gambar2 sekitar explorace akan saya uploudkan selepas ini ya sebab masih belum dapat dari rakan saya. jadi selepas aktiviti tamat, kami menyambung semula program di dalam dewan sementara menunggu majlis penutup dengan melakukan aktiviti serta meminta para peserta membuat refleksi apa yang mereka perolehi dari aktiviti ini. alhamdulillah respon yang sangat baik dari pserta dan mereka memberikan kerjasama yang sangat baik






bersama ketiga-tiga kaunselor sekolah yang memudahkan urusan kami. terima kasih banyak-banyak cikgu sekalian :)





bila dh selesai, dapat pulak cenderamata dari pihak sekolah. terima kasih SMK Bandar Sungai Buaya atas kerjasama yang baik ini. harap lain kali mendapat peluang untuk bekerjasam lagi :)

Tuesday 22 October 2013

pembangunan sahsiah

alhamdulillah, beberapa hari lepas, saya dan rakan-rakan berpeluang mengikuti program pembangunan sahsiah yang dikendalikan oleh pensyarah saya sendiri iai En Aziz. sebelum ini saya sudahkan menyertai program pembangunan sahsiah sebagai peserta semasa semester satu manakala semester lain sebagai fasilitator. tetapi berlainan kali ini, apabila En Aziz memberi peluang kepada kami menjasi peserta d bawah pengendalian beliau kali ini. hal ini kerana kami berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu modul yang baik dan berkesan dijalankan. 
terdapat banyak manfaat dan ilmu baru yang kami perolehi. antara yang paling berkesan pada diri saya ialah bagaimana kita sebagai kaunselor atau guru pada suatu hari ini berhadapan dengan pelajar menggunakan pendekatan yang bijak. 
parent - parent
adult - adult
child - child

sebagai guru kita perlu menggunakan pendekatan ini bersesuaian dengan situasi. maklumat ini sangat memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan lain. sebagai contoh jika berhadapan dengan pelajar bermasalah pendekatan "adult" adalah yang terbaik. hal ini kerana kebanyakkan guru pada hari ini menggunakan pendekatan "parent" dengan para pelajara yang mana keadaan ini sebenarnya mewujudkan jurang antara pelajar dan guru sekali gus menyukarkan komunikasi yang baik terbina.
di sini saya sertakan sedikit gambar dan video sepanjang program ini berlansung :)



malangnya ada satu video yang saya rakamkan berkenaan maklum balas seorang pelajar terhadap program ni tak dapat nak di uploud. mungkin ada sedikit masalah kot. tapi tak pa, saya akan cuba uploud semula nanti. sekian dulu untuk kali ni :)