alhamdulillah, beberapa hari lepas, saya dan rakan-rakan berpeluang mengikuti program pembangunan sahsiah yang dikendalikan oleh pensyarah saya sendiri iai En Aziz. sebelum ini saya sudahkan menyertai program pembangunan sahsiah sebagai peserta semasa semester satu manakala semester lain sebagai fasilitator. tetapi berlainan kali ini, apabila En Aziz memberi peluang kepada kami menjasi peserta d bawah pengendalian beliau kali ini. hal ini kerana kami berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu modul yang baik dan berkesan dijalankan.
terdapat banyak manfaat dan ilmu baru yang kami perolehi. antara yang paling berkesan pada diri saya ialah bagaimana kita sebagai kaunselor atau guru pada suatu hari ini berhadapan dengan pelajar menggunakan pendekatan yang bijak.
parent - parent
adult - adult
child - child
sebagai guru kita perlu menggunakan pendekatan ini bersesuaian dengan situasi. maklumat ini sangat memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan lain. sebagai contoh jika berhadapan dengan pelajar bermasalah pendekatan "adult" adalah yang terbaik. hal ini kerana kebanyakkan guru pada hari ini menggunakan pendekatan "parent" dengan para pelajara yang mana keadaan ini sebenarnya mewujudkan jurang antara pelajar dan guru sekali gus menyukarkan komunikasi yang baik terbina.
di sini saya sertakan sedikit gambar dan video sepanjang program ini berlansung :)
malangnya ada satu video yang saya rakamkan berkenaan maklum balas seorang pelajar terhadap program ni tak dapat nak di uploud. mungkin ada sedikit masalah kot. tapi tak pa, saya akan cuba uploud semula nanti. sekian dulu untuk kali ni :)
No comments:
Post a Comment